Pastekan sini. Senang aku nak Balas Blogw

12/28/2010

Muvi baru 2011. Wuhuu!

HOHOHO. 2010 babai dah. Hello 2011, selamat datang. Buatla macam blog sendiri ahaha. Cakap banyak pun tak guna, jom kita tengok senarai cite apa yang ada 2011 yang akan memaksa-maksa aku untuk habiskan duit daripada beli buku Utopia Semester 2 kepada tiket-tiket yang konfim lepas tengok tu aku fikir-fikir "berbaloi tak ak tengok cerita ni?"  Ok, bak kate orang tua-tua, yang baik perlu dicepatkan. Jom usya-usya sikit,intai-intai sikit cerita apa yang cambes je taun 2011.





Wau. Tengok poster pun dah nampak mengancam dah. Ni cerita lakonan Johnny Depp mengisahkan sekor sesumpah yang berangan nak jadi supervisor superhero tapi terperangkap kat satu pekan. Pekan tu pulak ada  sekumpulan samseng ala-ala Kampung Dusun lepak kat situ. So, Rango ni lak dipaksa tuk jadi hero betul kes nak selamatkan pekan tu. Tu la kau, nak keluar mengembara tak baca doa. Tengok apa dah jadi. Cite ni dijangka akan keluar Mac 11 2011 (sempatlah lagi simpan duit lam tabung ayam nak pegi tengok ek). Trailer di sini.



Nyum3. 2011 menyaksikan satu lagi movie alien menjajah bumi (seriously, alien lagi? tapi asyik sampai kat Amerika je. Bila nak sampai kat Malaysia ni?). Cerita ni mengisahkan sekumpulan alien yang lari turun ke bumi lepas planet diorang habis jahanam bak lagu Pelamin Anganku Musnah diserang musuh. Pas turun ke bumi ni, diorang menyamar sebagai FRU sekumpulan remaja demi tak nak kena buru lagi. Watak utama cite ni, Number Four( Alex Pettyfer) kendian sedar yang diorang tak lepas lagi. Musuh still ngah buru diorang. Filem adaptasi buku "I Am Number Four" ni akan menjajah pawagam pada Februari 18 2011. Trailer di sini.



Ni pulak review cerita bagi budak-budak asal kampung yang pegi bandar tetibe je kerek semacam, tak ingat dah mana asal-usul (dah macam mak nenek je..haha). From Prada to Nada kisahkan dua beradik, Nora ngan Mary lakonan Camilla Velle dan Alexa Vega yang hidup mewah tahap dewa hasil kekayaan ayah diorang. Lagi kaya dari orang yang jual produk Jusmate 5 tu. Sebab lama sangat tinggal kat umah mewah diorang kat Beverly Hills, Mary jadi malu untuk mengaku yang dia sebenarnya asal dari Mexico (Mexico pun ok what?). Tapi bila ayah diorang meninggal, Hidup diorang jadi tunggang terbalik hingga duit dah takde satu sen pun. Diorang kendian terpaksa berpindah ke umah mak sedara diorang kat Latino-Centric Boyle Heights dan menyesuaikan diri dengan kehidupan sederhana dan paling penting, kenal balik budaya yang sekian lama dilupa. Filem love, family and community ni akan menjenguk pawagam pada 28 Januari 2011. Trailer di sini.




Arrr matey.. Walk the plank! Instalasi Pirate yang keeempat, "Pirate of the Carribean, On Stranger Tides". Cite si lanun humor ni bermula pada Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) melintas jalan masa lalu ngan sorang awek (Penelope Cruz). Jack tak pasti tu sama ada cinta atau awek ni saja je nak pakai Jack untuk pegi ke Fountain of Youth. Pengembaraan Jack Sparrow bermula apabila awek ni paksa Jack naik kapal Blackbeard. Dia tak tahu manu yang patut lagi takut; Blackbeard ke awek masa lampau beliau. Cerita ni akan belabuh di pawagam pada 20 Mei 2011. Trailer di sini.


Tadaa.. Filem yang pernah menggegarkan bumi dengan aksi yang cambes ngan sound efek yang kool giler kembali. Transformers:Dark of the Moon mengisahkan perlumbaan antara Malaysia U.S.S.R ngan USA untuk ke angkasa lepas. Tak banyak lagi info pasal movie ni tapi yang pasti, Megan Fox takkan berlakon dah dan diganti ngan Rosie Huntington Whiteley. Wira-wira yang dijangka turut mengumbang barang sedas dua ialah Optimus Prime, Bumblebe, Ironhide, Rachet, Sideswipe, Silverbolt n byk lagila(bebelit lidah ni type). Bahagian protagonis pula disertai oleh Megatron serta konco-konconya; Starscrea,, Shockwave, Soundwave,  n many more. Khabar angin mengatakan Unicron;Robot besar bagak yang bukan Decepticon mahupun Autobot, yang boleh menyamar jadi planet dan makan planet yang lain (sumpah kool) dikatakan turut membuat kemunculan. Apa-apapun, kita tunggu je filem ni kat panggung 1 Julai 2011. Trailer di sini.


Kat sini aku senaraikan sikit lagi movie yang aku rasa agak cambes gak yang akan menerjah pawagam 2011 nanti.


(11 Mac 2011)



(14 Januari 2011)


                                                                                    
Harry Potter and the Deathly Hallows:Part 2
(15 Jun 2011)


                                                                  
        X-men:First Class         
(3 Jun 2011)



                                         
      (11 Februari 2011)



OK, till then, chiaow bella! Happy new year everyone!

4 comments: