Pastekan sini. Senang aku nak Balas Blogw

5/11/2011

A quick Update

 Hi. Salam sejahtera pada budiman dan budimanita sekalian. Setelah agak berabad blog aku ni terbiar je tak ada buat papepun. Tengok, sampai tumbuh lalang, bersemak, cakap je haiwan apa korang nak, semua tengah seronok bermastautin kat blog ni. Arghh tolong! Tolong! ghimau tangkap aku!

                            *imaginasi tak beragak.*

Hokeh ni pun adalah quick update atau dalam bahasa Melayunya, tarikh atas yang pantas (jangan tanya aku kenapa gtranslate macam tu, guna google translate maa..) sebab aku pun tak bercadang nak cakap panjang (ayat cliche yang selalu aku dengar, nak-nak time pengetua kat sekolah beri ucapan. Tak bercadang konon..) dan lepas ni mungkin aku akan post entri lebih kerap (harap-harap la dapat Streamyx) so tunggu la ye sayangs-sayangs sumer.Post ni aku akan update atau dalam erti kata tarikh atas *sigh* lagu-lagu serta cerita-cerita yang agak hampeh menarik perhatian korang sampai putus.muhaha *gelak jarjit*

Music


Ok ni antara list-list lagu yang cambes je untuk telinga korang:

Bruno Mars - The Lazy Song


Lagu ni memang best sebab liriknya yang agak catchy tambah lagi dengan video clip yang memang superb, ala-ala macam orang biasa yang cuba miming suara artis yang diorang suka sambil buat gaya-gaya yang sesuai untuk tontonan umum.*dont deny it la..tengok YT sudah. Ramai mana yang wat vid-vid yang bajet comel kan.

Movie


Kongsi; Lu Langsi Lu Mati



Filem terbitan Metrowealth Sdn Bhd Yng Mmg Kya Gla Bbs *muhaha* arahan Farid Kamil dan dibintangi oleh pelakon-pelakon yang cambes-cambes sekalian i.e Shahiezy Sam iaitu winner Bintang Paling Popular ABPBH'10 (info bagi surfer-surfer blog ni yang nerd, tak tengok dunia luar), Fizo Omar, Yana Shamudin, Bront Palarae dan ramai lagi *ofkosla ramai lagi, gilo ko nak buat filem pakai empat orang je* . Filem yang menggunakan tagline yang lazim dengan brader-brader lepak kat luar kelab sambil hisap rokok, LU LANGSI LU MATI, ni dicanang-canang sebagai bakal memintas kutipan Adnan Sempit yang satu tika pernah duduki top chart box-office Malaya. So tunggu apa lagi, cepat-cepat la terjah panggung sambil bawak pedang barang seketul sorang, mana tau dapat tiket free ke. Sawadikap!!



Okeh, tu aje buat masa ni, nanti ada masa lagi aku update lagi. Topik lain pulak. Bosan la kan stick dengan benda sama je tiap-tiap kali entri.*kalau korang tengok balik ayat kat atas, aku cakap lagu-lagu dan cerita-cerita kan? Thing is, i got lazy. Muhaha okayla la kan daripada tak ada lansung. haha Chow dulu, stay chillex n njoice.

Ciaow bella!

1/31/2011

Preview Movie Karipap Karipap Cinta

Salam sejahtera dan halu-halu kat semua. Hari ni aku tetiba sersemangat nak buat sedikit preview tentang upcoming muvi Malaya (sokonglah filem tempatan.Yeah!) Bukan apa, ak tengok muvi-muvi ni agak cambes dan tak dilihat sebagai membazirkan duit korang kalau tengok kat pawagam or menghabiskan bandwith kalau tengok kat wayang free.haha Jom jadi pengkritik filem Karipap-Karipap Cinta.

KARIPAP-KARIPAP CINTA






Filem yang diapdatasi daripada novel komedi-romantik bestseller yang juga menggunakan tajuk yang sama; Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M.Annuar. Filem arahan Hafsham terbitan Cinematic Sdn Bhd ni mengisahkan antara cinta Ali dan Sarah lakonan Gambit Abdullah dan pelakon baru iaitu Melia Aimeelia. Ali yang bekerja sebagai jurugambar di majalah dan akhbar telah jatuh cinta kepada Sarah iaitu seorang graduan daripada Al-Azhar, Mesir. Ali yang telah jatuh cinta kepada Sarah cuba menyelamatkannya dalam satu kejadian ragut namun sebaliknya berlaku; Ali dibelasah dan Sarah yang mempunyai ilmu persilatan pulak yang jadi heroin.

Pelbagai helah yang dilakukan Ali dalam usaha menawan hati Sarah termasuk menyamar sebagai penuntut di Universiti yang sama. Macam-macam peristiwa lucu, sedih, juga tak masuk akal yang Ali lakukan demi memenangi hati Sarah.

Pengarah;Tuan Othman Hafsham yang juga pernah mengarah beberapa filem sebelum ini antaranya Adik Manja(1979), Driving School(1990), Soal Hati(2000), dan Soalnya Siapa?(2002).

Filem yang boleh dikategorikan sebagai filem Islamik seperti Syurga Cinta dikhabarkan bakal menarik ramai peminat terutamanya pembaca novel tersebut berdasarkan rekod novel yang dikhabarkan telah diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan. Karipap yang dikatakan kunci kepada filem ini akan menjadi konflik utama di akhir cerita cinta Ali dan Sarah. Antara pelakon lain yang turut menjayakan filem ini ialah Eman Manan sebagai Datuk Razali Bunari, Rosnah Johari, Jegai dan ramai lagi.


                                            Gambit sebagai Ali



                              Melia Ameelia sebagai Sarah

Yang menariknya, pemenang AJL25, Ana Raffali, turut menyumbang suaranya dalam lagu Sehabis Baik untuk dijadikan OST filem ni. Lagunya agak catchy dan berentak country. Kesimpulannya beslah.haha


 
 Download mp3 Ana Raffali - Sehabis Baik di sini.*kredit to karinkishido@jiwang.org.

Okeh, tu jelah setakat ni preview yang mampu aku bagi. Nak tau lebih lanjut, klik la kt blog anizyn. OK stay cilllex, ciao bella!

1/29/2011

E-mel anda digodam Najib Tun Razak?

Situasi 1:Buka akaun Yahoo
-Huarghh..ngantuknya. Rasanya tido dah awal, nape lak rasa cam sebulan je tak tidur ni. Check e-mel la. Mane tau ad awek hantar mesej e-mel penting kena reply k.

------------LOGIN--------------------------------------------------------

-Eh?Pehal lak ada e-mel Najib dan sekeluarga ni? Seingat aku takde pulak aku add as friend ke apa. Spam ni kot. Delete jela.

----------DELETE---------------------------------------------------------------

Situasi 2:Buka akaun google
-Hokeh, sebelum buka fb, tengok la dulu kot-kot ada ke yang komen status aku yang dah berkurun tak update.

------------LOGIN-----------------------------------------------------------------

-Walaweh. Ni pun ada gak e-mel Najib weh. Pehal pulak ni? Virus baru ke? Delete jela dulu. mane tau ada pape ke nanti.

-----------------UNREAD----------------------------------------------------------



So, korang pun alami situasi macam aku punya tak? Kalau tak, cuba recheck mana tau mesej tu main nyorok-nyorok ke, duduk dalam folder spam ke. Aku mula-mula dapat e-mel ni agak cuak la sebab takut virus ke apa. Dahla tersalah bukak satu.haha Yela sekarang kan time orang suka nak godek-godek akaun orang lain. Facebook takyah cakap la, bersepah. Kalau hack akaun aku, tak ke crying no song aku sebulan.huhu Nak tengok contoh akaun/web yang dah kena godam untuk minggu ni je, ni ha.

1/28/2011

Ledakan Informasi Berlaku!

Assalamualaikum n hallu2 semua.knock3 Akhernya setelah dekat sebulan hibernasi akibat berfoya-foya kuliah yang lama, aku kembali bersama zigzag untuk update blog ni.muheaha Sebulan kot pikir-pikir apa la yang aku nak update bila stat cuti ni. And then tercetuslah neuron-neuron di hipothalamus aku ni seraya berkata, "kenapa tak wat secara general je, kan senang bro.." kemudian aku pun reply "a'ah la kan, pandai la ko ni" (jangan cakap,saya tahu saya macam orang tak betul je sembang sorang-sorang). Jom teman aku menyelam skuba jenguk apa je informasi-informasi yang cambes je minggu ni yang aku rasa fun.

UPDATE MUSIC VIDEO BARU
hmm, time kuliah haritu sempat gak aku curik-curik wat music video sempena Ana Raffali (yeah Ana! I Lap U!) menang AJL25 yang lepas. Walaupun ramai yang persoalkan kenapa dia patut menang, aku taknak campur.Tu korang punya pasal. OK ni la dia videonya yang aku wat.Njoice..


LAGU-LAGU BARU YANG CAMBES
Ni pulak senarai lagu-lagu baru yang aku ramalkan akan jadi hits kat radio nanti. Mesti rasa cambes je kan bila lagu tu ramai yang baru dengar tapi kita dengan selamba dan tanpa segan silu berkata dalam hati "ala lagu ni dah nak muntah la aku dengar..huhu Lagu-lagu aku servey dari jiwang.org so kredit to korang lah. Kang tak pepasal ada lak yang kena saman.haha

Black - Dewi Aleeya

Stacy ft Adam - Jahatnya Cinta

Tom(MyStar LG) - Lagu untuk Kuala Lumpur

Mila - Kata Hati

Drama - Babak Pertama

Okeh tu untuk lagu-lagu Melayu. Ni pulak lagu-lagu Inggeris yang takdela agak baru tapi agak bes di halwa telingaku so layan jela.wakaka

Avril Lavigne - What The Hell

Basshunter - Dota

Basshunter - Boten Anna

Bruno Mars - Grenade

B.O.B. - Magic

FILEM-FILEM BARU YANG CAMBES


Okeh kita masuk lak bab mendonlod muvi lak. Cakap banyak pun tak guna, jom usya muvi apa yang da boleh disedut. Seperti biasa kredit kepada jiwang.org n kraetiv.net untuk muvi-muvi kat bawah.haha



Ngangkung [2010] DVD Rip - Eng Sub





Paranormal Activity 2 (2010) DvDrip -400MB -scOrp


The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader R5 450 MB



OK setakat ni dulu aku membebel. Lain hari aku datang lagi bagi lolipop kat korang. (Ni trick nak bagi idea nak post entri baru len kali.muhaha) k papepun stay chillex, ciao bella!