Pastekan sini. Senang aku nak Balas Blogw

12/31/2010

Tweak blog anda dengan Favicon

Haihai. Maybe ni akan jadi last entri aku untuk tahun ni buat masa ni sebab tahun baru dah menjelma, bermakna semester baru pun muncul. Aku akan kembali terbang dengan scooter halimunan. Ke mana? Ke tempat aku belajar la haha. Kat sana peluang aku nak post entri baru tersangat terhad disebabkan kekangan wang nak beli broaband + masa kurang sebab nak enjoy nak stadi. So entri ni akan bagitahu korang macam mana nak tukar icon blog korang kepada icon yang agak cun macam korang sendiri wakaka. Ok fasten your seatbelt, kita nak pergi berperang ni. Jaga-jaga cik salmah. Ni contoh blog yang telah ditweak iconnya.



1.Cari file .ico untuk diupload ke internet.
  Ni adalah first step yang korang kena buat. Kalau korang takde file .ico yang comel, hanya gambar-gambar yang berformat .gif atau .jpg atau .png. Jangan risau, korang hanya perlukan software microangelo untuk convert format tu kepada .ico.

http://www.fullandfree.info/software/microangelo-toolset-v6108/

Ni adalah cara untuk convert file menggunakan microangelo:

1.1 Search Microangelo studio dan klik kepada new icon.
1.2 Import image yang korang nak dan klik ok.
1.3 Save file tersebut.


*File yang boleh diconvert oleh program Microangelo adalah .jpg sahaja. Sila convert dahulu image kepada .jpg dengan menggunakan online converter.

http://www.online-convert.com/

2.Upload .ico kat Internet.
Next step ni agak susah sebab file .ico memang tak boleh senang-senang je nak diupload ke blog korang a.k.a mustahil. Jadi kita ambil tindakan yang gak rebellion, membuat page sendiri wakaka. Seriously, memang betul. Korang kena upload file tu kat satu web host. So aku nasihatkan korang wat dengan menggunakan Google Site. Lepas daftar page korang akan jadi camni.



Lepas dah daftar site tersebut, pergi ke sebelah kiri atas dan klik Insert dan klik Image. Choose file korang dan klik kanan untuk copy file url(untuk chrome).

3.Time to tweak your Blog
 3.1 Kat blog korang, klik Dashboard ---> Edit HTML ---> Expand Widget Templates(seperti biasa, buat backup dulu).
3.2 Ctrl+F untuk cari code:

<title><data:blog.pageTitle/></title>

3.3 Masukkan code ni bawah code tadi:

<link href='URL of your icon file' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/>

3.4 Sebelum save, klik preview dulu untuk tengok cantik tak icon yang korang buat tu. Kalau tak comel macam korang, ulang step 1 sampai korang betul-betul puas hati.
3.5 Save templates dan bila korang refresh blog korang, korang akan nampak Favicon korang yang comel tu sebelah web address korang.

4.Sit back and tenung blog korang sampai lebam.


OK that's it dan selamat tahun baru. Have a lovely 2011 and whatever you do, keep it SIMPLE and cool.






Dadada, ciaow bella!

12/29/2010

Jom jadi lebih hijau dengan blog korang

Jangan salah sangka pulak ye. Ni bukan hijau yang bulat tu, aku tak pandai berpolitik dalam blog ni. Tak pasal-pasal rumah kena mandi cat pulak haha. Ni adalah ajakan semata-mata menjimatkan jumlah karbondioksida(betul ke aku eja ni?) yang korang semua dah keluarkan semasa melayari web. Even tengok blog ni je pun dah menyumbang sikit sebanyak(tapi sikit jela sebab tak ramai pun datang wakaka). Trivia:Setiap seminit yang 1000 pengunjung meluangkan masa browsing website, kira-kira 1.2kg karbondioksida dilepaskan ke atmosfera. Hambik kau, ni kalau bagi kat pokok ni sure melompat-lompat pokok.haha


Hujan ft Mizz Nina - Kurnia music video with lyric


Yihaa..Tabiat membuat music video semakin menular nampaknya.haha Agak letih la dari pagi dok depan laptop ni (tunggu punya pasal,tenet slow) Noh Hujan yang sekarang dah bertunang ngan Mizz Nina (Noh,kau menghancurkan hatiku) n tunggu masa je nak nikah. Hopefully kekal la ke anak cucu, bukan macam sesetengah artis tu, Kawin macam pakai baju. Dah tak suka buang. Doyai. Papepun, chillex n dengar la lagu ni. Kurnia bagaikan khayalan....chiaow bella!

*Tutorial ternet skit.kalau nak grab vid ni, pergi ke dan taip tajuk lagi ni dan copy url vid tu. Dah copy, masuk web keepvid.com n pastekan url vid ni. Yang cambesnya site ni ada bagi pilihan nak dl vid kualiti rendah k tinggi.biasa kalau main grab macam tu je dia akan default ke format .flv. Okeh selamat menonton.

f/n: Kalau nak request lagu untuk jadi music video pun diterima(promote sikit..hehe).

12/28/2010

Pes 2011 patch Malaysia 2.0

Okeh besempena nak tengok Malaysia lawan Indonesia malam ni mesti ghairah nak tengok team Malaysia lanyak-lanyak gak team lain kan. So, siapa yang ada pes2011(PC) n teringin nak tengok team Malaysia beat England 3-0 gak (sori fan england,hehe) dl la kat sini ye.

Cara install:
1.Buang dulu kitserver korang kat directory KONAMI/PES2011.
2.Install dan ikut arahan diberi.
3.Enjoy.







SCEENSHOT



*Kat website tu korang kena install sekali patch fix sebab kalau tak, korang boleh tengok kat team Germany tiba-tiba ada player Malaysia.Pelik kan? Go Go Malaysia! Ciaow bella!

f/n: Kalau tak faham, tanya la. Aku try jawab.

Gedung Download dbuka..!

Hiyahh!! Embun subuh di pagi buta.. Aku bangun semata-mata nak menaip.muhaha entri kali ni akan berkisarkan(klasik gile ayat) kat mana tempat-tempat yang biasanya aku akan terjah untuk cari movie baru or lagu or software or pape lagila (biasala, pakai windows. Selagi tak berat laptop selagi tu la sumbat segala bagai). OK enough nonesense sekarang jom pakai sut skuba, kita pergi menyelam sat.

Muvi baru 2011. Wuhuu!

HOHOHO. 2010 babai dah. Hello 2011, selamat datang. Buatla macam blog sendiri ahaha. Cakap banyak pun tak guna, jom kita tengok senarai cite apa yang ada 2011 yang akan memaksa-maksa aku untuk habiskan duit daripada beli buku Utopia Semester 2 kepada tiket-tiket yang konfim lepas tengok tu aku fikir-fikir "berbaloi tak ak tengok cerita ni?"  Ok, bak kate orang tua-tua, yang baik perlu dicepatkan. Jom usya-usya sikit,intai-intai sikit cerita apa yang cambes je taun 2011.


12/27/2010

Hujan - Inspektor remos


 Wuhuu..Ni la first time try wat music video. Aku ingatkan susah nak buat video ni. Apa-apapun, njoice..:D

12/25/2010

Berehat kejap bersama zig zag.

Owkeh malam dah datang. Bermakna tangan aku akan ligat menaip cari bahan. Agaga. Malam ni rasa macam nak jadi orang besar je, men-men kritik filem orang. So, fasten your seatbelt, kita jalan-jalan round kL. Yihaa. Kita countdown movies yang best sama-sama. Jom kita melintas.(btw, ni movies international je eh. Melayu aku takut nak komen, ilmu tak banyak. Kang kena libas.haha).


12/24/2010

Gajah takut tikus. Betul ke?

 Ok.cerita ni mungkin kita dah dengar dari zaman firaun lagi kan; gajah takut tikus. Kalau jumpa je tikus konpem gajah tu lari lagi laju dari Ferrari, kalau tak pun boleh cucuk ngan Inspira baru tu (jangan main-main, kereta kita laju kot). Dalam cerita kartun pun kalau tengok gajah jumpa tikus tanapa segan silu cakap, "Alaa, ni konpem lari la ni. Aku kunci jawapan ni." Kalau google gajah dengan tikus pun banyak jumpa gambar gajah lari.


Kan kan. Tapi pernah tak korang fikir "betul ke gajah takut tikus? Nampak macam agak kurang logik je binatang besar bagak macam tu boleh kalah ngan benda cenonet j. Jadi, jom kita me'mythbuster'kan diri sendiri. Jom kita ke laut!

12/23/2010

majlis pelancaran.pom3(bunyi bunga api)

Dengan ini bermulalah kehidupan aku sebagai seorang blogger.wakaka. At first macam tak nak buat blog sebab minda aku ialah "my life,mysecret"( sumpah macam poyo). Pastu pikir-pikir balik,cambes je wat mende alah ni. So, ikut kate orang dulu-dulu, chillex n njoice! ^_^v

*newb loo..*
f/n : First post ni memang amat simple sebab aku tak tahu lansung nak hias-hias blog ni. Tunggula bila dah rajin.ciaow bella.