Pastekan sini. Senang aku nak Balas Blogw

1/31/2011

Preview Movie Karipap Karipap Cinta

Salam sejahtera dan halu-halu kat semua. Hari ni aku tetiba sersemangat nak buat sedikit preview tentang upcoming muvi Malaya (sokonglah filem tempatan.Yeah!) Bukan apa, ak tengok muvi-muvi ni agak cambes dan tak dilihat sebagai membazirkan duit korang kalau tengok kat pawagam or menghabiskan bandwith kalau tengok kat wayang free.haha Jom jadi pengkritik filem Karipap-Karipap Cinta.

KARIPAP-KARIPAP CINTA






Filem yang diapdatasi daripada novel komedi-romantik bestseller yang juga menggunakan tajuk yang sama; Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M.Annuar. Filem arahan Hafsham terbitan Cinematic Sdn Bhd ni mengisahkan antara cinta Ali dan Sarah lakonan Gambit Abdullah dan pelakon baru iaitu Melia Aimeelia. Ali yang bekerja sebagai jurugambar di majalah dan akhbar telah jatuh cinta kepada Sarah iaitu seorang graduan daripada Al-Azhar, Mesir. Ali yang telah jatuh cinta kepada Sarah cuba menyelamatkannya dalam satu kejadian ragut namun sebaliknya berlaku; Ali dibelasah dan Sarah yang mempunyai ilmu persilatan pulak yang jadi heroin.

Pelbagai helah yang dilakukan Ali dalam usaha menawan hati Sarah termasuk menyamar sebagai penuntut di Universiti yang sama. Macam-macam peristiwa lucu, sedih, juga tak masuk akal yang Ali lakukan demi memenangi hati Sarah.

Pengarah;Tuan Othman Hafsham yang juga pernah mengarah beberapa filem sebelum ini antaranya Adik Manja(1979), Driving School(1990), Soal Hati(2000), dan Soalnya Siapa?(2002).

Filem yang boleh dikategorikan sebagai filem Islamik seperti Syurga Cinta dikhabarkan bakal menarik ramai peminat terutamanya pembaca novel tersebut berdasarkan rekod novel yang dikhabarkan telah diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan. Karipap yang dikatakan kunci kepada filem ini akan menjadi konflik utama di akhir cerita cinta Ali dan Sarah. Antara pelakon lain yang turut menjayakan filem ini ialah Eman Manan sebagai Datuk Razali Bunari, Rosnah Johari, Jegai dan ramai lagi.


                                            Gambit sebagai Ali



                              Melia Ameelia sebagai Sarah

Yang menariknya, pemenang AJL25, Ana Raffali, turut menyumbang suaranya dalam lagu Sehabis Baik untuk dijadikan OST filem ni. Lagunya agak catchy dan berentak country. Kesimpulannya beslah.haha


 
 Download mp3 Ana Raffali - Sehabis Baik di sini.*kredit to karinkishido@jiwang.org.

Okeh, tu jelah setakat ni preview yang mampu aku bagi. Nak tau lebih lanjut, klik la kt blog anizyn. OK stay cilllex, ciao bella!

1/29/2011

E-mel anda digodam Najib Tun Razak?

Situasi 1:Buka akaun Yahoo
-Huarghh..ngantuknya. Rasanya tido dah awal, nape lak rasa cam sebulan je tak tidur ni. Check e-mel la. Mane tau ad awek hantar mesej e-mel penting kena reply k.

------------LOGIN--------------------------------------------------------

-Eh?Pehal lak ada e-mel Najib dan sekeluarga ni? Seingat aku takde pulak aku add as friend ke apa. Spam ni kot. Delete jela.

----------DELETE---------------------------------------------------------------

Situasi 2:Buka akaun google
-Hokeh, sebelum buka fb, tengok la dulu kot-kot ada ke yang komen status aku yang dah berkurun tak update.

------------LOGIN-----------------------------------------------------------------

-Walaweh. Ni pun ada gak e-mel Najib weh. Pehal pulak ni? Virus baru ke? Delete jela dulu. mane tau ada pape ke nanti.

-----------------UNREAD----------------------------------------------------------



So, korang pun alami situasi macam aku punya tak? Kalau tak, cuba recheck mana tau mesej tu main nyorok-nyorok ke, duduk dalam folder spam ke. Aku mula-mula dapat e-mel ni agak cuak la sebab takut virus ke apa. Dahla tersalah bukak satu.haha Yela sekarang kan time orang suka nak godek-godek akaun orang lain. Facebook takyah cakap la, bersepah. Kalau hack akaun aku, tak ke crying no song aku sebulan.huhu Nak tengok contoh akaun/web yang dah kena godam untuk minggu ni je, ni ha.

1/28/2011

Ledakan Informasi Berlaku!

Assalamualaikum n hallu2 semua.knock3 Akhernya setelah dekat sebulan hibernasi akibat berfoya-foya kuliah yang lama, aku kembali bersama zigzag untuk update blog ni.muheaha Sebulan kot pikir-pikir apa la yang aku nak update bila stat cuti ni. And then tercetuslah neuron-neuron di hipothalamus aku ni seraya berkata, "kenapa tak wat secara general je, kan senang bro.." kemudian aku pun reply "a'ah la kan, pandai la ko ni" (jangan cakap,saya tahu saya macam orang tak betul je sembang sorang-sorang). Jom teman aku menyelam skuba jenguk apa je informasi-informasi yang cambes je minggu ni yang aku rasa fun.

UPDATE MUSIC VIDEO BARU
hmm, time kuliah haritu sempat gak aku curik-curik wat music video sempena Ana Raffali (yeah Ana! I Lap U!) menang AJL25 yang lepas. Walaupun ramai yang persoalkan kenapa dia patut menang, aku taknak campur.Tu korang punya pasal. OK ni la dia videonya yang aku wat.Njoice..


LAGU-LAGU BARU YANG CAMBES
Ni pulak senarai lagu-lagu baru yang aku ramalkan akan jadi hits kat radio nanti. Mesti rasa cambes je kan bila lagu tu ramai yang baru dengar tapi kita dengan selamba dan tanpa segan silu berkata dalam hati "ala lagu ni dah nak muntah la aku dengar..huhu Lagu-lagu aku servey dari jiwang.org so kredit to korang lah. Kang tak pepasal ada lak yang kena saman.haha

Black - Dewi Aleeya

Stacy ft Adam - Jahatnya Cinta

Tom(MyStar LG) - Lagu untuk Kuala Lumpur

Mila - Kata Hati

Drama - Babak Pertama

Okeh tu untuk lagu-lagu Melayu. Ni pulak lagu-lagu Inggeris yang takdela agak baru tapi agak bes di halwa telingaku so layan jela.wakaka

Avril Lavigne - What The Hell

Basshunter - Dota

Basshunter - Boten Anna

Bruno Mars - Grenade

B.O.B. - Magic

FILEM-FILEM BARU YANG CAMBES


Okeh kita masuk lak bab mendonlod muvi lak. Cakap banyak pun tak guna, jom usya muvi apa yang da boleh disedut. Seperti biasa kredit kepada jiwang.org n kraetiv.net untuk muvi-muvi kat bawah.haha



Ngangkung [2010] DVD Rip - Eng Sub





Paranormal Activity 2 (2010) DvDrip -400MB -scOrp


The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader R5 450 MB



OK setakat ni dulu aku membebel. Lain hari aku datang lagi bagi lolipop kat korang. (Ni trick nak bagi idea nak post entri baru len kali.muhaha) k papepun stay chillex, ciao bella!