Pastekan sini. Senang aku nak Balas Blogw

1/29/2011

E-mel anda digodam Najib Tun Razak?

Situasi 1:Buka akaun Yahoo
-Huarghh..ngantuknya. Rasanya tido dah awal, nape lak rasa cam sebulan je tak tidur ni. Check e-mel la. Mane tau ad awek hantar mesej e-mel penting kena reply k.

------------LOGIN--------------------------------------------------------

-Eh?Pehal lak ada e-mel Najib dan sekeluarga ni? Seingat aku takde pulak aku add as friend ke apa. Spam ni kot. Delete jela.

----------DELETE---------------------------------------------------------------

Situasi 2:Buka akaun google
-Hokeh, sebelum buka fb, tengok la dulu kot-kot ada ke yang komen status aku yang dah berkurun tak update.

------------LOGIN-----------------------------------------------------------------

-Walaweh. Ni pun ada gak e-mel Najib weh. Pehal pulak ni? Virus baru ke? Delete jela dulu. mane tau ada pape ke nanti.

-----------------UNREAD----------------------------------------------------------



So, korang pun alami situasi macam aku punya tak? Kalau tak, cuba recheck mana tau mesej tu main nyorok-nyorok ke, duduk dalam folder spam ke. Aku mula-mula dapat e-mel ni agak cuak la sebab takut virus ke apa. Dahla tersalah bukak satu.haha Yela sekarang kan time orang suka nak godek-godek akaun orang lain. Facebook takyah cakap la, bersepah. Kalau hack akaun aku, tak ke crying no song aku sebulan.huhu Nak tengok contoh akaun/web yang dah kena godam untuk minggu ni je, ni ha.



1 Laman Web 1Malaysia.com
 Laman web yang dikatakan mampu untuk mengatasi tahap popular Facebook(mana la tau kan?) dikatakan telah berjaya digodam dengan selamatnya oleh hacker yang dilaporkan berpangkalan di Indonesia;devilzc0de.org. Aku pun tak tau la apa masalah dengan Indon ni, perasaan hasad dengki memang tinggi tahap dewa. Tak boleh tengok orang lain senang kot. Sampai sekarang, laman web ni masih tak dapat diakses dan user-user yang berdaftar dalam web tu dinasihatkan untuk menukar sebarang kata laluan yang ada bagi mengelakkan akaun diorang pulak yang kena hack.


                                                    Interface 1Malaysia .com yang telah digodam

Aku ni memang blogger yang pemurah dengan kredit. So untuk makluman yang lebih lanjut atau nak update dengan cerita ni, boleh lakorang bukak page ni : amanz.my


2.Facebook Ayu Raudah
Ni kisah si artis yang baru je lepas bertunang dengan striker Negeri Sembilan, Zaquan Adha. Ayu Raudah dalam akhbar Utusan berkata yang akaun Facebook beliau sekarang ni berada di bawah peminat insan yang tk dikenali (memang la tak kenal kan, kalau kenal, mau mati kena rembat pakai baseball bat). Beliau juga merayu agar penceroboh tu bawak-bawakla bertaubat, tak payah la ceroboh-ceroboh lagi. Kang jumpa gambar bes-bes tak ke kecoh satu Malaya yang takde la besar mane ni? Ni berita penuh pasal kes tu. Sori gambar bertunang takde, dah banyak dah blogger yang dah post pasal tu.haha


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Pelakon jelita, Ayu Raudah Che Wan, 27, hari ini merayu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan menceroboh laman sosial Facebooknya.
Menurut Ayu, perbuatan mereka yang menggodam Facebooknya itu menyebabkan beliau tidakdapat dihubungi melalui e-mel oleh para penerbit filem kerana kata laluannya sudah ditukar.
Ayu yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyerang bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, pada 21 Januari lalu, ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu:
"Sebenarnya dua bulan sebelum Ayu melangsungkan perkahwinan, laman Facebook Ayu tidak boleh dibuka kerana kata laluannya telah ditukar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Kali pertama penceroboh menggodam Facebook Ayu, Ayu masih boleh membukanya tetapi kali kedua Ayu gagal kerana mereka tahu segala-galanya tentang Ayu dan telah menukar kata laluan itu."
Ayu yang kini berada di Seremban untuk majlis persandingan di pihak lelaki melahirkan rasa kecewa kerana hak peribadinya diceroboh oleh orang yang tidak dikenalinya.
"Ayu memang kecewa dengan perbuatan mereka kerana ia bukan sahaja menyusahkan Ayu, malah telah menipu para peminat Ayu yang sentiasa menyokong Ayu.
"Nasihat Ayu kepada mereka janganlah menceroboh hak peribadi orang lain walaupun hanya untuk berseronok-seronok," kata Ayu.
Ketika ditanya mengenai dua akaun Facebooknya mencatatkan seramai 314,000 pelayar (satu akaun 225,273 dan satu lagi 88,727) setelah majlis persandingannya berlangsung, Ayu berkata, dia tidak menyangka seramai itu pelayar Facebooknya.
"Ayu tidak tahu seramai itu pelayar Facebook Ayu. Tetapi beberapa hari lalu semasa Ayu menggunakan Facebook kakak Ayu, Ayu terkejut 'Facebook Ayu' sudah ada lebih 200,000 pelayar.


3.Akaun Facebook rakyat biasa
Ni pulak alkisah sorang rakyat standard je tapi camana ntah tetibe pulak ada orang berkenan nak hack. Sumpah kesian, dahla dah ada anak dah. Dengar cerita yang tukang hack ni orang Indon. Hadoyai, apa jadah la puak-puak ni nak wat kacau kat sini. I dont know what to say lah. Komen-komen yang diberi banyak mengutuk orang dalam bahasa Indonesia yang dikatakan tak sama lansung dengan perwatakan mangsa.


                                                         Profile mangsa yang telah dihack

Untuk berita lanjut tentang masalah ni boleh terus direct ke laman web yang aku baca post ni i.e Ohtidak.com. Kepada semua, awas e-mel korang dan kalau boleh, jangan pamerkan e-mel korang kat facebook dan pakai kata laluan yang tak berkaitan dengan korang bagi menyukarkan orang lain untuk hack korang punya akaun.



Owkey cukuplah tiga kejadian ni yang aku boleh cakap. Minggu ni aje dah tiga kes hackers yang aku baca. Yang tak baca konfemla melambak-lambak lagi. Tapi apa kaitannya dengan tajuk post aku ni? Adakah Najib seorang hacker yang bijak menggodam e-mel berjuta-juta rakyat Malaysia. Tentu sekali......












TIDAK!!










Najib bukanlah penggodam seperti yang korang sangka, sebenarnya tu adalah usaha Najib untuk lebih dekat kepada rakyat. E-mel @NajibRazak yang bertajuk Selamat Tahun Baru Cina telah dikumpul oleh Media Prima bersama-sama pengkalan data yang lain. Aku pun tak tahu sama ada cara ni betul ke tak tapi ni la yang diorang buat.



                                                  Pengakuan daripada pihak Media Prima


Dengar kata, rakyat sekarang boleh hantar komen or cadangan terus kepada pemimpin melalui web najib@1malaysia.com.my. Bagus la tu, takde la terkebelakang sangat pemimpin-pemimpin dalam dunia serba Internet ni.So, you will be the jugde, Betul ke tak cara diorang ni.


                                                       *Jangan marah ye semua. Chillex je!

Untuk informasi lagi lanjut,bolehla klik lagi sekali ke laman web amanz.my.

That's it. Jumpa lagi di lain entri. papepun, n-joice this life. ciaow bella!

3 comments: