Pastekan sini. Senang aku nak Balas Blogw

1/31/2011

Preview Movie Karipap Karipap Cinta

Salam sejahtera dan halu-halu kat semua. Hari ni aku tetiba sersemangat nak buat sedikit preview tentang upcoming muvi Malaya (sokonglah filem tempatan.Yeah!) Bukan apa, ak tengok muvi-muvi ni agak cambes dan tak dilihat sebagai membazirkan duit korang kalau tengok kat pawagam or menghabiskan bandwith kalau tengok kat wayang free.haha Jom jadi pengkritik filem Karipap-Karipap Cinta.

KARIPAP-KARIPAP CINTA






Filem yang diapdatasi daripada novel komedi-romantik bestseller yang juga menggunakan tajuk yang sama; Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M.Annuar. Filem arahan Hafsham terbitan Cinematic Sdn Bhd ni mengisahkan antara cinta Ali dan Sarah lakonan Gambit Abdullah dan pelakon baru iaitu Melia Aimeelia. Ali yang bekerja sebagai jurugambar di majalah dan akhbar telah jatuh cinta kepada Sarah iaitu seorang graduan daripada Al-Azhar, Mesir. Ali yang telah jatuh cinta kepada Sarah cuba menyelamatkannya dalam satu kejadian ragut namun sebaliknya berlaku; Ali dibelasah dan Sarah yang mempunyai ilmu persilatan pulak yang jadi heroin.

Pelbagai helah yang dilakukan Ali dalam usaha menawan hati Sarah termasuk menyamar sebagai penuntut di Universiti yang sama. Macam-macam peristiwa lucu, sedih, juga tak masuk akal yang Ali lakukan demi memenangi hati Sarah.

Pengarah;Tuan Othman Hafsham yang juga pernah mengarah beberapa filem sebelum ini antaranya Adik Manja(1979), Driving School(1990), Soal Hati(2000), dan Soalnya Siapa?(2002).

Filem yang boleh dikategorikan sebagai filem Islamik seperti Syurga Cinta dikhabarkan bakal menarik ramai peminat terutamanya pembaca novel tersebut berdasarkan rekod novel yang dikhabarkan telah diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan. Karipap yang dikatakan kunci kepada filem ini akan menjadi konflik utama di akhir cerita cinta Ali dan Sarah. Antara pelakon lain yang turut menjayakan filem ini ialah Eman Manan sebagai Datuk Razali Bunari, Rosnah Johari, Jegai dan ramai lagi.


                                            Gambit sebagai Ali



                              Melia Ameelia sebagai Sarah

Yang menariknya, pemenang AJL25, Ana Raffali, turut menyumbang suaranya dalam lagu Sehabis Baik untuk dijadikan OST filem ni. Lagunya agak catchy dan berentak country. Kesimpulannya beslah.haha


 
 Download mp3 Ana Raffali - Sehabis Baik di sini.*kredit to karinkishido@jiwang.org.

Okeh, tu jelah setakat ni preview yang mampu aku bagi. Nak tau lebih lanjut, klik la kt blog anizyn. OK stay cilllex, ciao bella!

No comments:

Post a Comment